Mengapa kita suka mandi air panas atau terapi wap
Terapi air panas seperti mandi wap melembutkan otot sebelum tidur kerana suhu tinggi mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik yang membuatkan kita rasa lesu.

Suhu wap air panas dapat meredakan tekanan (stress) dan memudahkan untuk tidur. Bagus untuk kalangan mengalami insomnia.
Masalah stress atau kerunsingan juga dapat diredakan dengan amalan mandi wap panas
Faedah lain mandi air panas atau wap
- memberikan kelegaan daripada gejala masalah pernafasan seperti selsema, asma melonggarkan kahak
membersihkan saluran hidung anda - membantu membersihkan minyak dan kotoran daki terperangkap pada kulit
- Mandi air panas adalah baik untuk kelonggaran otot supaya tidak menegang. Hasilnya akan rasa tenang
Perhatian bahawa mandi air panas atau wap panas juga mendatangkan kesan buruk seperti berikut:
- Mandi air panas boleh mengeringkan dan menyebabkan kulit anda rosak jika terlalu suhu terlalu tinggi.
- Mandi air panas boleh menyebabkan anda gatal. Friedman berkata haba boleh menyebabkan sel mast (yang mengandungi histamin) melepaskan kandungannya dalam kulit dan menyebabkan kegatalan.
- Amalan mandi wap juga boleh meningkatkan tekanan darah anda. Jika anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi atau penyakit kardiovaskular, pastikan kepanasan air rendah atau suam-suam kuku sahaja.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Faedah Terapi Mandi Air Panas atau Wap " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.