

Tanggal 8 Mac 2021 Mahkamah Agong Brazil membebaskan Bekas presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva dari hukuman penjara 12 tahun kesalahan rasuah.
Lula, telah menjalani hukuman penjara selama 580 hari sebelum mendapat keputusan pembebasan.
Mahkamah Agong mendapati Perbicaraan Lula yang diadakan Dimahkamah Curitiba tidak memiliki kompetensi yang menasabah.
Sepatutnya kes berkenaan di bicarakan di Mahkamah Persekutuan Brasilia
Dengan pembebasan berkenaan, Lula dibenarkan menyertai pilihanraya presiden pada Oktober 2022.
Keputusan 30 Oktober 2022 mengesahkan pengundi Brazil telah memberikan kemenangan tipis untuk Luiz Inácio Lula da Silva , bekas Presiden berhaluan kiri yang disayangi tetapi kontroversi. Bekas pemimpin kesatuan mengambil 50.9% berbanding 49.1% untuk Jair Bolsonaro , penyandang sayap kanan
Kes ini mendapat liputan antarabangsa termasuk Jawatankuasa Hak Asasi Manusia PBB yang telah membuat kesimpulan bahawa bekas Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva tidak menerima perbicaraan yang adil dalam penghakiman.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah Bekas Presiden Brazil menjadi mangsa sistem kehakiman curang " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.