Kunyit menghalang sel-sel kulit daripada bergumpal dan menyumbat pori-pori. Memandangkan ia bersifat antiseptik dan antibakteria, dipercayai berkesan menghentikan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat.

Selain itu, sifat anti-radangnya menggalakkan penyembuhan lebih cepat dengan menenangkan kawasan yang sudah meradang.

Gandingan bahan-bahan anti-kulat dan anti-bakteria ini membantu meningkatkan kesan rawatan kepada masalah jerawat, jeragat dan ruam.

Serai, kunyit dan lada hitam, dibancuh segar dengan minyak kelapa untuk dijadikan pes. Pes boleh disapukan pada permukaan kulit dan biarkan selama 1 jam sebelum dibilas.



Kunyit mengandungi sebatian ajaib bernama curcumin, yang mempunyai ciri antibakteria dan anti-radang kuat.

Tambah kunyit ke dalam sup, rebusan, atau minum secawan susu kunyit suam merupakan amalan merawat kulit bermasalah.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kunyit rawatan jeragat jerawat dan ruam " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares