Matahari dijadikan musuh oleh ahli sains dengan memberi gambaran jahat seperti punca kepada kanser kulit dan merosakkan kulit.

Berhati hati sebahagian ilmu sains bertujuan untuk memberi gambaran pencipta matahari adalah bodoh tak tahu apa yang dibuat.
Kajian sains juga membuktikan peranan besar matahari untuk kehidupan seluruh alam ini.
Untuk mencapai rasa seronok dan gembira bukan menonton rancangan TV, wayang gambar atau makan besar.
Pendedahan kulit kepada matahari amat penting seperti berikut:
1. Cahaya matahari memberi rasa gembira dan lapang
Pendedahan kepada cahaya matahari mencetuskan pengeluaran hormon serotonin, salah satu bahan kimia “rasa bahagia”.
Tahap serotonin yang rendah menyebabkan kemurungan dan kegelisahan.
Penyelidikan menunjukkan bahawa orang yang menghabiskan lebih banyak masa di luar mempunyai tahap neurotransmitter “gembira” yang lebih tinggi ini. Jadi, jika anda berasa bosan, pergi ke luar dibawah sinaran matahari untuk memaksimumkan hubungan antara matahari dan serotonin!
2. Ia membantu anda menghasilkan nutrien penting Vitamin D yang akan diproses oleh kolesterol bawah kulit untuk membentuk Vitamin D3K2
Vitamin D adalah komponen utama dalam memastikan tulang sihat dan kuat dalam menyerap kalsium dan fosforus. Vitamin D juga penting mengekalkan sistem imun yang sihat dan fungsi otot yang betul — dua faktor yang sepatutnya penting kepada sesiapa yang mempunyai gaya hidup aktif.
Jadi, luangkan masa 30 minit atau 1 jam sehari untuk kulit mendapatkan faedah dari cahaya matahari .
3. Pendedahan matahari juga membantu kulit sentiasa segar dan ceria. Kedutan pada kelopak mata akan beransur pulih dan menegang.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Rahsia Matahari untuk kesihatan kulit dan perasaan " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.