Cerakinan Fb OKU Sentral (Ras Adiba Radzi) menemui kisah mengejutkan.

Saya bertemu sekumpulan pelajar OKU di IPTA pagi tadi.
Mereka luahkan perasaan & keresahan, hati saya remuk, air mata saya, saya tahankan.
Mereka pintar, rajin, bersemangat & kuat.

Dalam serba kekurangan, mereka berjaya jejakkan kaki ke menara gading, untuk bantu keluarga yang telah banyak berkorban, menyara mereka demi masa depan.
Namun dalam kekuatan mereka, sekeliling kadang lupa untuk bertanya & lupa untuk adil saksama.
Mereka kadang seperti pengemis di jalanan.
Makan tidak mampu, yuran tidak terbayar.
Tika bertanya di UNI pengajian status bantuan, mereka dilabel sebagai menyusahkan.
Bantuan kewangan OKU yang sepatutnya diberikan, lambat masuk, sehingga mereka terpaksa mengikat perut & yuran tersangkut.
Akhirnya ada di antara mereka yang terpaksa berhenti mengaji, kerana tekanan diherdik berhari-hari.
Kecil sungguh hati nurani, seorang OKU yang mahu hidup berdikari.
Apakah mereka salah kerana ingin belajar?
Apa mereka tidak boleh bertanya khabar, sekiranya bantuan kewangan OKU sudah keluar?
Dan mengapa perlu kata mereka menyusahkan, kerana bukankah sistem itu yang sepatutnya memudahkan pembelajaran?
Jelas, mereka berhak seperti pelajar lain, namun mengapa mereka seperti dipermainkan seolah-olah tiada nilai disisi masyarakat?
Nukilan Ras Adiba Radzi
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Penindasan OKU DI IPT tiada kesudahan " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.