Selain ubat batuk sintetik yang dijual di pasaran, terdapat petua yang menggunakan campuran madu dan bawang untuk merawat batuk.

Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan minyak yang akan bercampur dengan madu.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya seperti ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Ramuan ini tiada kesan buruk pada otak sebagaimana ubat sintetik.
.
Pengaliran kahak keluardengan mudah. Batuk akan berkurangan
Memang sudah ada dipasaran campuran ramuan bawang dan madu terutama untuk merawat masalah pernafasan seperti Athma.
Bolehlah cuba..
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Petua bawang dan madu untuk redakan batuk " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.