Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa (3 Disember) ialah sambutan sebagai mengiktiraf peranan golongan kurang upaya oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sejak tahun 1992.

Penglibatan golongan OKU dalam pelbagai aspek termasuk sukan antarabangsa, kesenian, perniagaan dan professional amat membanggakan negara.

Sumber Google

Di Malaysia terdapat tujuh kategori Orang Kurang Upaya (OKU) yang boleh dipertimbangkan bagi pendaftaran OKU di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Kategori pertama: OKU fizikal yang bermaksud keadaan di mana berlaku kehilangan separa atau sepenuhnya mana-mana bahagian anggota badan termasuklah kehilangan tangan, kaki, jari tangan atau jari kiri.

Kategori kedua: OKU penglihatan di mana seseorang individu tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad pada kedua-dua belah mata.

Kategori ketiga: OKU pendengaran di mana seseorang individu tidak dapat mendengar dengan jelas dengan kedua-dua belah telinga tanpa menggunakan alat bantuan pendengaran atau tidak dapat mendengar langsung walaupun dengan menggunakan alat bantuan pendengaran.

Kategori keempat: OKU pertuturan di mana seseorang individu tidak boleh bertutur sehingga menyebabkan gangguan dalam berkomunikasi dengan sempurna serta tidak boleh difahami orang yang berinteraksi dengannya.

Kategori kelima: OKU mental yang melibatkan individu berpenyakit mental teruk yang telah diberi rawatan atau telah diberi diagnosis selama sekurang-kurangnya dua tahun oleh pakar psikiatri. Individu yang mengalami ketidakupayaan jenis ini tidak berupaya untuk berfungsi sama ada sebahagian atau sepenuhnya dalam hal berkaitan diri atau perhubungannya dalam masyarakat.

Kategori ketujuh: OKU pembelajaran di mana seseorang individu mempunyai masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usianya. Contoh OKU pembelajaran adalah seperti Autisme, Sindrom Down, ADHD dan sebagainya.

Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan sebahagian daripada ahli masyarakat di mana mereka juga mempunyai kesaksamaan hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti anggota masyarakat yang lain.



Bersama-sama kita menghormati hak dan keistimewaan Orang Kurang Upaya (OKU).

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " 3 Disember Hari Orang Kurang Upaya AntaraBangsa " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares