Pek sejuk (ais) dan pek panas atau bantal tungku panas adalah antara rawatan yang paling biasa digunakan untuk sakit otot, keradangan atau kecederaan. Tetapi bilakah anda perlu menggunakan haba dan bilakah keadaan perlu menggunakan teknik sejuk?



1) Gunakan Pek Sejuk untuk Kecederaan & Sakit akibat terseliuh.

Pek ais, kain sejuk atau ketulan ais sesuai untuk meredakan kesakitan dan kesan bengkak akibat dari kecerderaan seperti jatuh dan terseliuh.

Hawa Sejuk membantu menyempitkan saluran darah yang mengurangkan aliran darah, mengurangkan bengkak pada kawasan yang cedera dan boleh menjadi kesan kebas untuk redakan kesakitan.



2) Gunakan Pad Pemanas atau Pek untuk Sakit Otot atau Kekejangan otot.

Haba adalah rawatan yang disyorkan untuk masalah kronik yang berpanjangan, khususnya apabila terdapat ketegangan atau kekejangan yang perlu diredakan.


Bantal atau tungku pemanas dan botol air panas sesuai digunakan.

Terapi haba berfungsi dengan melebarkan saluran darah dan meningkatkan aliran darah. Ini membantu menghantar nutrien dan oksigen ke sel-sel di kawasan yang dirawat, menyumbang kepada penyembuhan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Penggunaan tungku panas dan pek sejuk " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares