Kasut bolasepak atau but bola sepak, adalah kasut khas yang dipakai semasa bermain bola sepak. Ia direka khusus mengikut kesesuaian jenis padang dan kuku pada tapak kasut membantu cengkaman semasa permainan.

Sebelum tahun 1891, but bola sepak para pemain ketika itu menggunakan but kerja.

But kerja tidak memiliki ciri keselamatan sering mendatangkan kecerderaan. Tiada kuku cengkaman menyebabkan risiko kecerderaan agak tinggi.

Sekitar tahun 1891, pihak berkuasa ketika itu membenarkan kasut bola sepak menggunakan palang atau stud kecil pada kasut.

Tidak lama selepas itu, but kerja digantikan dengan but bola sepak sebenar yang direka dengan kulit untuk berprestasi lebih baik dalam sukan ini. Ia diperbuat daripada kulit tebal dan masih agak berat (kira-kira 0.5kg kering dan lebih berat jika basah). Mereka juga mengikat buku lali untuk perlindungan yang lebih baik. Ini adalah permulaan kasut bola sepak moden yang kita tahu hari ini.

Revolusi kasut bolasepak

Dekad awal 1900-an menyaksikan sedikit perubahan untuk kasut bola sepak. . Jenama popular era ini ialah Valsport dan Gola menjadi pilihan kepada pemain bola sepak.

Pada tahun 1950-an, Adidas memperkenalkan but bola sepak mereka sendiri yang disertakan dengan stud skru yang boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian padang. Ini bermakna pemain bola sepak tidak lagi perlu mempunyai dua pasang kasut yang berbeza, mereka boleh menggunakan satu but dengan stud yang boleh ditukar ganti.

Walau bagaimanapun stud skru tidak disukai kerana kekerapan kecederaan disebabkan oleh cleat logam. Kelab bola sepak ternama, seperti Manchester United, juga telah mengeluarkan larangan ke atas but stud selepas ramai pemain cedera .

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Revolusi kasut bola moden " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares