Ketika sekumpulan katak sedang mengembara melalui hutan, dua daripadanya jatuh ke dalam lubang yang dalam. Apabila katak-katak yang lain berkerumun di sekeliling lubang itu dan melihat kedalaman lubang , mereka memberitahu kedua-dua katak itu bahawa tiada lagi harapan untuk mereka.

Bagaimanapun, kedua-dua katak memutuskan untuk tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh yang lain dan mereka terus mencuba dan melompat keluar dari lubang itu .

Di sebalik usaha mereka, kumpulan katak di bahagian atas lubang masih berkata bahawa mereka harus menyerah kalah sahaja. Bahawa mereka tidak akan mampu keluar.

Akhirnya, salah satu daripada katak itu mengambil iktibar apa yang dikatakan oleh yang lain dan dia menyerah, rebah hingga mati. Katak yang seekor lagi terus melompat sekuat hati.

Dia melompat lebih kuat dan akhirnya berjaya keluar. Apabila dia keluar, katak-katak diatas bertanya, “Apakah kamu tidak mendengar apa yang kami katakan?”

Katak berkenaan menjelaskan kepada mereka bahawa dia pekak. Dia fikir mereka memberi semangat untuk terus berusaha keluar dari lubang



Moral cerita:
Kata-kata orang boleh memberi kesan yang besar kepada kehidupan orang lain. Fikirkan apa yang anda katakan sebelum ia keluar dari mulut anda.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Motivasi kisah katak " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares