Hampir setiap kopitiam dan warung kopi memiliki peranti canggih ini.

Alat ciptaan Datuk Hew Ah Kow ini menjadikan semua kerja telur separuh masak sempurna untuk dihidangkan.

Bagaimana ia berlaku? Pada zaman Datuk Hew Ah Kow bekerja sebagai operator jentolak di hutan Kelantan pada tahun 1973, terdapat kesukaran untuk mengira minit memasak telur separuh masak.

“Terdapat kira-kira 20 orang daripada kami di kem balak yang memulakan hari kerja dengan telur separuh masak.

Masalahnya ialah mengawal masa dan seringkali terlupa disebabkan tugasan seperti memeriksa enjin dan mengisi minyak. Jadi, pada masa kami kembali ke makan didapati telur terlalu masak,” ujar Hew.

“Saya mengambil sebagai satu cabaran dan mula menjalankan eksperimen saya sendiri, menusuk bahagian bawah tin Ovaltine dengan paku dan mengisinya dengan telur dan air panas,” kata Hew.

Ia mengambil masa setahun sebelum Hew menemui nisbah air yang betul kepada telur.

Hasil usaha Hew akhirnya membuahkan hasil apabila pada suatu hari, seorang stokis jualan langsung menaiki Honda Cub ke kem kerja Hew dan terdampar tidak dapat pulang disebabkan oleh hujan.

Keadaan ini memaksa jurujual berkenaan bermalam dikem.

Keesokan pagi, seperti biasa sarapan dihidangkan telor separuh masak menggunakan hasil dandang rekaan Hew.

Teruja dengan rasa telur separuh masak sarapan pagi itu, Jurujual berkenaan kemudian menawarkan untuk membeli prototaip dandang dengan harga RM7000.00

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Inovasi anak Malaysia cipta Dandang telur separuh masak automatik " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares