1. Jangkitan Kulit

Bagi para ibu yang berhadapan dengan anak yang mengalami masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis. Anda boleh lakukan rawatan awal dengan menggunakan biji selasih. Caranya mudah, cuma hancurkan biji selasih dan campurkan bersama minyak kelapa, kemudian sapukan ditempat yang bermasalah.


2. Rendahkan Suhu Badan

Badan panas akibat cuaca terik diluar atau mengalami demam panas, lupakan minuman sejuk ais. Ambil sahaja air kosong dicampur biji selasih. Anda akan rasa ia perlahan-lahan menyejukkan badan anda.

3. Penghadaman

Selalu menghadapi masalah sembelit, kejang perut, kembung perut, dan lain-lain masalah penghadaman. Dengan mengambil air campuran biji selasih, boleh melegakan ketidakselesaan anda. Cubalah!

4. Sebagai ‘Ubat Penenang’

Anda dah boleh tinggalkan pengambilan ubat tahan sakit atau panadol, gantikan dengan minuman biji selasih. Percayalah, ia mampu melegakan sakit kepala, migrain, tekanan dan ketegangan urat.

5.  Menyihatkan Rambut

Kuasa dari sumber protein, vitamin K dan zat besi didalam biji selasih bagus untuk rambut dan ia membantu untuk menyihatkan rambut dari akar hingga hujung.

6. Menurunkan Berat Badan

Biji selasih kaya dengan fiber dan ia akan membuat anda rasa kenyang dan tidak lapar. Ini bagus untuk anda yang ingin mengawal nafsu makan atau lapar. Tambah biji selasih didalam minuman (non-sugary) anda dan biar membantu anda untuk kekal berdiet.

7. Meningkatkan sistem imutasi.

Selasih juga efektif dalam meningkatkan sistem kekebalan tubuh, hal ini kerana kandungan vitamin C dan antioksidan yang ada didalamnya.

8. Dapat menyembuhkan sembelit dan juga perut kembung

Biji selasi membantu menyembuhkan masalah pencernaan iaitu seperti perut kembung, kram perut, berak tidak teratur serta  sembelit.

9. Biji selasih mampu sembuhkan batuk 
Biji selasih memiliki antispasmodik yang berguna dalam membantu menyembuhkan batuk. Biji ini sering digunakan untuk menghilangkan batuk. Caranya yaitu, secangkir teh yang dicampur dengan biji selasih.

Biji selasih lengkap dengan nutrien pekat seperti kabohidrat, vitamin, mineral, lemak dan juga fiber. Khasiat pun tak jauh beza dengan chia seed.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " 9 Keajaiban Biji Selasih Untuk Kesihatan. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares