Akhbar The New Strait Times 7/12/2022 melaporkan desakan Persatuan Penternak Ayam Selangor supaya penetapan harga siling dan subsidi telur ayam dihapuskan.

Pengerusi Idrus Zainal Abidin menafikan terdapat kekurangan bekalan telur dalam pasaran.

Kenyataan ini bercanggah dengan situasi semasa telur ayam hilang dari rak-rak dipasaraya.

Idrus juga menafikan bahawa kekurangan bekalan yang dipaparkan berpunca dari tindakan penternak menyorok telur ayam.

Pada Isnin lalu Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Mohamad Sabu dilaporkan berkata akan memberi kebenaran impot telur dari luar negara bagi menangani masalah bekalan telur yang sedang dihadapi.

Kenyataan Mohamad Sabu itu mengundang reaksi dari penternak dan peniaga yang selama ini membisu seribu bahasa.

Pengarah Urusan Mydin Datuk Ameer Ali Mydin merangkap Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera tampil memberitahu rangkaian pasar rayanya masih berdepan masalah bekalan telur yang tidak mencukupi.

“Kami masih bergelut untuk mempunyai telur di rak pasar raya kami. Kami hanya menerima 20 hingga 30 peratus daripada bekalan telur kami setiap hari.”

Ameer, yang juga presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, berkata kerajaan perlu menyelesaikan isu itu dengan segera memandangkan cuti Krismas semakin hampir.

Kesimpulannya masalah bekalan telur ini berkait rapat dengan bantahan kelompok pengeluar yang mahu kawalan harga dan subsidi dihapuskan. Alasannya supaya harga ditetapkan oleh penawaran dan permintaan.

Namun konsep penawaran dan permintaan tidak lagi sesuai di praktikkan kerana tidak memberi nilai sebenar dan banyak menekan pengguna.

Pihak pengeluar bergerak dalam persatuan memonopoli bekalan supaya mereka dapat meletakkan harga tinggi dan mengaut keuntungan besar.

Adalah diharapkan pihak Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan bertegas demi kemaslahatan rakyat.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Desakan Hapuskan Harga Siling dan Subsidi Telur agenda tamak keuntungan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares