Sani (bukan nama sebenar) sudah boleh berjalan sekitar 100-200 meter selepas diserang strok 2 bulan lepas.

Menceritakan detik serangan, ketika sedang berehat di rumah ketika menunggu isteri menyiapkan juadah ringkas makan makan malam.

Sekitar 8 malam tiba tiba Sani merasakan sesuatu pelik pada badannya, berpeluh dan rasa lemah.

Melihat keadaan berkenaan, isteri Sani bergegas membawa suaminya ke hospital.

Pemeriksaan awal mendapati Sani di serang strok. Setelah dirawat 2 hari di hospital, keadaan Sani semakin pulih dan akan keluar hospital pada esoknya.

Sekitar 4 pagi di wad, menjelang pagi pada hari dijangka untuk keluar wad, Sani tiba tiba merasa semua anggotanya tidak bermaya, berpeluh lagi sekali.

Doktor berkejar memberi rawatan segera. Pelbagai usaha dilakukan namun serangan kali ke-2 ini lebih serius menyebabkan Sani tidak dapat bertutur dan air liur nya mengalir keluar tanpa kawalan.

Begitu juga air kencing mengalir keluar tanpa kawalan juga.

Doktor kemudian memasukkan tiub untuk makanan dan air kencing.

Imbasan CT-Scan mendapati terdapat darah beku didalam otak. Ini menunjukkan terdapat salur darah dalam otak telah tersumbat.

Doktor memberi pilihan untuk pembedahan mengeluarkan darah beku tetapi kemungkinan untuk pulih sangat tipis. Tambahan pula Sani sudexah berusia hampir 60 tahun.

Isteri Sani memilih tidak mengizinkan pembedahan.

Setelah seminggu berada di wad, Sani dibenarkan pulang. Tiub makanan dihidung dan kencing masih diperlukan.

Setelah 2 bulan, satu pemeriksaan imbasan CT-Scan dilakukan dan doktor mendapati terdapat salur darah baru dibina menggantikan salur darah yang tersumbat.

Sani sudah boleh makan dan kencing tanpa perlu kepada tiub.

Ini menunjukkan badan mampu membina semula kerosakan yang berlaku seperti membina salur darah baru dengan syarat badan memiliki kolesterol dan air mencukupi.

Salur darah dibina menggunakan kolesterol, 75% kolesterol dikeluarkan oleh hati secara semulajadi.

Maka permusuhan terhadap kolesterol perlu dikaji semula.

Elakkan makanan proses dan sentiasa makan dari dumber asli untuk kesihatan tubuh badan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah pesakit strok dijangka tiada harapan hidup " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares