Mood adalah rasa yang bergantung kepada kestabilan 4 hormon bahagia iaitu Endorfin, Dopamin, Serotonin, dan Oxytocin.



1) Hormon Bahagia Endorfin – Apabila kita bersenam, tubuh melepaskan Endorfin. Hormon ini membantu tubuh mengatasi kesakitan badan ketika bersenam.

Ketawa adalah satu lagi cara yang baik untuk menghasilkan Endorfin.

Kita perlu menghabiskan 30 minit bersenam setiap hari, membaca atau menonton cerita lucu untuk mendapatkan dos Endorfin mencukupi untuk hari berkenaan.
Rasa bahagia tenang akan dapat dirasai.


2) Hormon bahagia Dopamine. Penghargaan atau pujian kerana sesuatu pencapaian dalam tugasan akan meningkatkan dos Dopamin. Kita akan rasa kurang serabut dan lebih ceria.


3) Hormon bahagia Serotonin dibebaskan apabila kita bertindak dengan cara memberi manfaat kepada orang lain. Apabila kita membuat sesuatu dan memberikan manfaat kepada orang lain atau kepada alam atau kepada masyarakat, ia melepaskan Serotonin.

4) Hormon bahagia Oxytocin dilepaskan apabila kita menyentuh atau memeluk sesuatu yang kita sayang. Apabila kita memeluk rakan-rakan, haiwan peliharaan atau keluarga kita, Oxytocin dibebaskan.
Begitu juga, apabila kita berjabat tangan atau meletakkan tangan kita di bahu seseorang, hormon Oxytocin akan dibebaskan dengan dos yang banyak.

Kini, kita dapat fahami mengapa kita perlu memeluk seorang kanak-kanak yang mempunyai mood yang tidak baik.

Oleh itu, untuk mendapatkan mood yang baik tentu sekali melalui penghasilan 4 hormon diatas.


Pemakanan sihat sudah pasti diperlukan untuk membolehkan kilang hormon bahagia beroperasi dengan cemerlang.

Air mesti mencukupi, gula pasir dielakkan, mengambil lemak sihat dari sup kambing atau lembu, rempah ratus seperti cengkih, jintan, kayu manis, buah pelaga, kekacang,taugeh, sayur berwarna warni dan buah-buahan pelbagai warna.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hilang mood macam mana nak pulihkan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares