Pada permulaan tahun persekolahan baharu, seorang guru kelas berdiri di hadapan pelajarnya sambil memegang sekeping wang RM100.



Dia memberitahu mereka, “Angkat tangan anda jika anda mahukan wang ini”.


Semua murid mengangkat tangan. Guru berkata, “Saya akan memberikan wang ini kepada seseorang di sini, tetapi sebelum itu, izinkan saya melakukan satu aksi”

Dia memperonyok wang di tangannya sehingga berkedut seribu, seraya bertanya lagi, “Siapa yang masih mahukannya?”

Tangan terus berdiri.

Guru kemudiannya menjatuhkan bil ke lantai, menghentak dan mengisarnya ke dalam tanah, dan mengambilnya semula. “Bagaimana dengan sekarang?” dia bertanya lagi.

Semua murid mengangkat tangan.

“Kelas, saya harap kamu dapat melihat pelajaran di sini. Tidak kira apa yang saya lakukan terhadap wang ini, anda tetap mahukannya kerana nilainya kekal sama.

Walaupun dengan lipatan dan kekotorannya, ia masih bernilai RM100.”

Dia menyambung, “Begitu juga keadaannya dengan kita. Akan ada masa yang sama dalam hidup l kita terjatuh, cedera dan mungkin badan berlumpur. Namun hakikatnya tidak kira apa yang berlaku, anda tidak pernah kehilangan nilai anda.”

Moral cerita:

Dugaan hidup tidak dapat dielakkan dan kita semua pasti akan melaluinya.

Dugaan adalah cabaran terhadap kekuatan harga diri anda. Dengan memahami hakikat dugaan hidup, anda akan sentiasa merasa cukup, terus bersemangat dan pastinya anda menghargai istimewa diri anda sendiri.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nilai Wang inspirasi semangat jatidiri " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares