Tanpa menggunakan Google, bolehkah anda kenalpasti makanan mana yang mengandungi lemak?


a) Roti Canai
b) Burger dan kentang goreng
c) Teh Tarik
d) Biji labu




Anda betul jika anda memilih mana-mana jawapan di atas! Pilihan yang paling bagus ialah biji labu kerana mengandungi lemak sihat.

Pilihan a,b dan c mengandungi lemak tidak sihat merbahaya kepada kesihatan.

Semua makanan tersebut mengandungi lemak. Sama ada anda sedari ataupun tidak, lemak terdapat dalam pemakanan anda.



Persoalannya memilih lemak yang sihat dan lemak berpenyakit

Lemak sihat atau lemak tidak tepu bersumberkan buah-buahan, sayuran, ikan dan daging serta telur.

Sumber utama lemak sihat adalah daripada santan,minyak kelapa, Minyak sawit dan minyak zaitun.



Minyak sayuran dan jagung tidak digalakkan kerana menyebabkan keradangan dalam salur darah.



Anda perlu berjaga-jaga dengan lemak tepu ataupun lemak tidak sihat.

Sumber lemak tepu ialah hasil dari proses. Contoh lemak tepu keju, mentega dan semua makanan proses.

Pengambilan lemak tepu atau trans dikenalpasti menjadi meningkatkan risiko penyakit seperti kencing manis dan kerosakan buah pinggang.


Lemak berfungsi untuk membantu badan kita menyerap vitamin penting termasuklah vitamin A, D, E dan K.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Lemak Sihat dan Lemak berpenyakit " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares