Kesan tekanan atau stres terhadap kesejahteraan fizikal dan mental kita amat kejam. Stres membuatkan seseorang hilang pertimbangan menbawa tindakan agresif keatas diri sendiri dan orang lain.



Stres yang berlarutan telah terbukti menyebabkan beberapa penyakit serius termasuk ketegangan otot, sakit kepala, masalah gastrousus, penyakit kardiovaskular, diabetes, tekanan darah tinggi dan strok.



Tekanan juga boleh meningkatkan risiko masalah kesihatan mental seperti kemurungan , kebimbangan , penyalahgunaan dadah dan masalah tidur .

Para pengkaji mencuba kaedah permainan video untuk meredakan tekanan dan risiko penyakit fizikal dan mental.

Permainan video adalah santai
Selepas hari yang panjang dan penuh tekanan di tempat kerja atau sekolah, bermain beberapa pusingan permainan video kegemaran anda, boleh menjadi cara terbaik untuk merehatkan minda dengan santai.

Permainan video dipercayai dapat membantu untuk melupakan seketika masalah seharian.

Secara psikologinya bermain dapat merehatkan minda seketika.

Ini membantu sistem badan untuk memulihkan stres dengan pengeluaran hormon gembira seperti Dopamin dan serotonin.


Permainan video sedikit sebanyak membantu meningkatkan hubungan sosial dengan rakan sepermainan dan keadaan ini menyeronokkan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Terapi stres dengan permainan video " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares