Penggerak masyarakat berpengaruh khususnya ahli politik perlu bersikap lebih perihatin kepada kebajikan kehidupan anjing dan kucing jalanan.

Program yang diaturkan dilihat hanya memfokuskan keperluan manusia semata sedangkan yang menghuni sesebuah komuniti termasuk anjing dan kucing jalanan.

Penanaman pokok, bantuan kemudahan rakyat adalah sesuatu amalan rutin para tokoh kepimpinan masyarakat masa kini.

Amat jarang diperhatikan golongan pemimpin masyarakat ini berfikir luar kotak memikirkan kebajikan makhluk binatang yang merupakan sebahagian dari alam sekitar.

Apakah menjaga alam sekitar hanya sekadar menanam dan menjaga pokok menghijau sahaja? Jika jawab Ya maka jelaslah penyakit kemandulan pemikiran telah merosakkan golongan perancang dan pemimpin masyarakat.

Ucapan pemimpin untuk melestarikan alam sekitar sekadar hiasan media semata. Tiada langsung rasa belas kasihan kepada kehidupan haiwan jalanan kucing dan anjing.

Kenapa tidak diusahakan bank makanan untuk haiwan ini ? Tidak ada wang,malas atau penting diri yang menebal?

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Tiada Kempen kesedaran belas kasihan anjing dan kucing amat mendukacitakan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares