Salah satu pemusnah motivasi diri anda adalah kisah masa silam anda sendiri.

Ia memberi beban yang berat di atas bahu yang perlu anda pikul. Anda mungkin telah membuat kesalahan masa lalu atau orang lain telah membuat kesalahan pada anda.

Mungkin juga anda pernah mengecewakan orang atau orang lain telah mengecewakan anda. Walau bagaimana pun, ia adalah sesuatu yang boleh anda tinggalkan.

Semua yang telah berlalu, hakikatnya ia sesuatu yang tidak dapat anda ubah lagi.

Hari ini adalah hari baru dan anda sentiasa ada peluang memulakan semula hari anda. Tidak kira seteruk mana masa silam anda, masih ada masa depan yang cerah menanti jika anda berani meneruskan perjalanan.

Yang memisahkan antara kita dengan kejayaan adalah putus asa.

Jika harapan tertanam kuat dalam diri, maka dengan izin Allah kita akan mencapai banyak kebaikan dan kejayaan.

Risaulah jika kamu memang risau. Takutlah jika kamu memang takut. Tidak ada yang salah dengan semua itu.

Kita semua pernah merasakannya. Namun jangan berdiam lama-lama tanpa berbuat sesuatu. Ubahlah kerisauan dan ketakutanmu dengan menjadi kewaspadaan dan keberanian.

Dengan demikian kita akan mampu menghadapi apa jua rintangan mendatang..

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah banyak kapal karam didalamnya.

Andai muatan kita adalah iman, dan layarnya taqwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

Yakinlah, melangkahlah, bismillah.. perlahan-lahan masa depan yang baik dan indah pasti menjadi kenyataan.


Credit to rohanasaad

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Hari Baru dengan Peluang yang baru " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares