Siapa yang pernah mengalaminya tentu akan terkesan dengan trauma sepanjang hayat.

Kisah benar seorang ibu bergegas parkir kereta berhampiran pintu pagar Sek Keb Cochrane Jalan ShahBandar

Kejadian berlaku sekitar pukul 1 tengahari ketika ibubapa menunggu anak masing-masing dari kawasan sekolah.

Setelah lebih kurang 10 minit, Ibu berkenaan kembali kereta dan mendapati anak kecil sekitar 3 tahun yang ditinggalkan dalam kereta tingkap bertutup sedang menangis kepanasan.

Percubaan pelbagai cara untuk membuka pintu dengan dibantu oleh ramai ibubapa mengambil masa hampir 10 minit namun gagal.

Melihat keadaan sangat meruncing, keadaan anak kecil yang hampir pengsan kepanasan, maka langkah memecah cermin tingkap terpaksa diambil.

Langkah ini difikirkan lebih cepat berbanding kaedah lain. Walaupun terpaksa memecahkan cermin,ibu berkenaan seperti bertenaga semula setelah melihat anaknya berjaya dikeluarkan dari kereta dengan selamat.

Pengajaran kes sewajarnya diambil iktibar oleh ibubapa supaya jangan kelam kabut dan sentiasa tenang sebelum meninggalkan kereta anda.

Sikap tergesa-gesa akan menyebabkan kealpaan atau lupa.

Mutakhir ini kes anak terkunci dalam kereta dilaporkan semakin kerap berlaku Sekurang kurangnya sekali dalam sebulan .

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah menyelamatkan anak kecil terkunci dalam kereta " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares