KEMASKINI MAKLUMAT 4 petang 17/12/2022

Jenis Insiden: Tanah Runtuh.
Tarikh/Masa Panggilan: 16.12.2022 jam 0224.
Alamat: Father’s Organic Farm, Kampung Kuantan, Batang Kali, Selangor.

Mangsa: 94 orang (61 selamat, 23 meninggal dunia, 10 hilang).

Keanggotaan: BBP KKB, BBP Rawang, BBP Genting, BBP Selayang, BBP Shah Alam, BBP Damansara, BBP KLIA, BBP Subang Jaya, BBP Petaling Jaya, BBP Pandan, BBP Ampang, BBP Kajang, BBP Andalas, STORM Pahang, STORM Putrajaya, STORM N. Sembilan, STORM Perak, STORM Kuala Lumpur.

Komander Operasi: PKPjB Dato’ Norazam bin Khamis

Catatan:
Operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan hari ini.

Operasi pencarian terbahagi kepada 4 sektor (A, B, C & D).

Maklumat kejadian akan dikemaskini dari masa ke semasa

Info:
Pusat Pengurusan Operasi. PPO Bomba

Bagi sektor C pencarian dipecahkan kepada C1 dan C2. Operasi pencarian dibantu dengan Excavator di setiap sektor.

⚠️Pada jam 1302, seramai 2 mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat di sektor A. kerja-kerja membawa naik mayat mangsa ke PKB sedang dilakukan.

⚠️Sehingga jam 1310, Jumlah mangsa terlibat seramai 94 orang mangsa. Pecahan mangsa seperti berikut :
Selamat : 61 orang
Meninggal dunia : 23 orang
Hilang : 10 orang

Jumlah kesemua anggota pelbagai jabatan yang terlibat dengan operasi tanah runtuh dianggarkan seramai 128 orang.

Anggota penyelamat berehat memulihkan tenaga
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Masih 10 hilang di tragedi tanah runtuh father's organic farm " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares