Pengguna Internet zaman TikTok mungkin tak pernah lalui rasa teruja untuk berborak dengan kawan-kawan di aplikasi mIRC.

Aplikasi ini terawal menyediakan kemudahan berbual teks dalam kumpulan atau secara individu.

Yang tak tahan tu, bunyi modemnya bukan main kuat dan berbeza sangat daripada sekarang. Bila dah dapat connect tu, boleh layan berjam-jam duduk depan komputer semata-mata nak tunggu kawan-kawan online.

Selepas berlalunya zaman itu, giliran Friendster, MySpace dan Yahoo Messenger pula mengambil alih. Disinilah mulanya era sosial media alaf baru. Ia memberikan peluang kepada pengguna untuk eratkan hubungan dengan memuatnaik profil masing-masing, berkongsi cerita, gambar, serta meninggalkan komen pada profil rakan-rakan.

Apa Yang Berlaku Pada mIRC, Friendster, Yahoo & MSN Messenger

1. mIRC Yang pernah guna ni memang suatu pengalaman bersosial yang menyeronokkan.

mIRC (Internet Relay Chat) adalah satu platform sosial yang terawal melalui komputer. Ditubuhkan pada 1995, ia dianggap sebagai antara peneraju dalam dunia komunikasi moden bagi tujuan berbual dengan rakan dan saudara dari merata tempat. Di Malaysia, antara galeri sembang kumpulan yang popular adalah #kampung, #mamak, dan yang berasaskan umur seperti #18thn, #17thn dan sebagainya.

Namun, sekitar lewat 1990an hingga awal tahun 2000, pengguna beralih kepada dua cara komunikasi yang lebih up to date iaitu SMS dan chat secara online, contohnya menerusi messenger dan Skype. Walaupun jumlah pengguna IRC jatuh merudum dengan munculnya media sosial terkini, sebenarnya sistem IRC masih hidup dan boleh dimuat turun ke komputer dengan features terbaru.

Ahli permainan komputer contohnya lebih suka menggunakan mIRC untuk berkomunikasi dengan rakan permainan lain.

Namun bagi kebanyakan orang, sistem berbual sebegini tidak lagi popular untuk dipakai zaman sekarang kerana orang lebih mudah menggunakan aplikasi yang ada di telefon pintar.

mIRC

2. Friendster ialah laman sesawang sosial media yang terawal yang mendapat sambutan hangat pada awal tahun 2000. Platform ini antara yang terawal memperkenalkan kemudahan asas laman sosial seperti post pesanan ke profil kawan, komen, dan berkongsi media dan gambar.

Antara kekurangan laman web ini ialah Friendster gagal untuk fokus kepada perkongsian sosial antara pengguna. Kalau siapa yang ingat lagi, Friendster tak ada ‘News Feed’ seperti Facebook yang muncul beberapa tahun selepas itu. Jadi, tidak banyak yang boleh dilakukan selain mengemaskini’ profil diri sendiri dan melihat profil rakan-rakan.

Oleh itu, Facebook dengan pantas mendapat sambutan pengguna laman sosial kerana tarikan pada ‘News Feed’ yang lebih baik dan dinamik.

Pada tahun 2009, Friendster dibeli oleh MOL GLobal dan diubahsuai menjadi platform ‘gaming’ namun masih gagal mendapat perhatian daripada segenap pengguna Internet.

Interface terbaru Friendster. / Foto Kredit: geocities.ws

3. Yahoo & MSN Messenger. Selepas 20 tahun berkhidmat, Yahoo! Messenger baru sahaja mengumumkan penutupannya pada pertengahan tahun ini kerana tidak dapat bersaing lagi dengan aplikasi pesanan masa kini. Yahoo!Messenger juga dikatakan antara laman berbual yang terawal popular kerana ciri-ciri seperti pelekat animasi yang berdialog dan siapa yang boleh lupakan butang BUZZ! yang kita gunakan untuk menarik perhatian rakan chat.

Agak menjengkelkan tapi itulah yang kita rindui. Saingan sengit ketika itu ialah MSN Messenger dan Skype.

MSN Messenger adalah antara laman chat terawal yang memperkenalkan features unik seperti ’emoticons’ dan kemudahan untuk bermain ‘Minesweeper’ dengan rakan chat.

Namun, tindakan MSN Messenger atau Windows Live Messenger mengalihkan pengguna kepada aplikasi Skype pada tahun 2014 kurang mendapat sambutan apabila aplikasi Whatsapp juga menawarkan video call dengan lebih mudah dan percuma.

Yahoo Messenger

4. MySpace Pada tahun 2005 hingga 2008, Era ini siapa yang tidak mempunyai akaun MySpace mungkin dianggap ketinggalan dalam teknologi sosial.

Ketika ini, MySpace menjadi tumpuan pengguna Internet hingga menjadi salah satu laman web yang paling kerap dilayari di dunia pada tahun 2006. Google pun kalah!

Pada tahun 2007, MySpace dinilai pada harga 12 Billion Dollar, namun kini ia sudahpun menjadi kenangan bagi sebahagian besar penggunanya.

MySpace pada awalnya memikat hati pengguna kerana mempunyai kemudahan ‘music streaming’. Walaupun ramai dah lupa password dan tak pernah ada akaun MySpace, sebenarnya ia masih lagi aktif di kalangan penggemar muzik. Seperti Youtube,

Myspace ini ibarat radio yang membolehkan anda mendengar banyak lagu-lagu yang mungkin belum dipopularkan di media mainstream.

5. Bagaimana Facebook, Instagram & Twitter Mendominasi Aplikasi sosial media yang paling top sekarang ini.

Kedua-duanya mempunyai cara penggunaan dan sasaran berbeza.

Pengguna Twitter lebih kepada yang berusia 18 ke lewat 20an.

Facebook pula mempunyai audiens yang lebih besar daripada remaja hingga ke warga emas.

Kedua-duanya digunakan untuk mendapatkan berita terkini.

Twitter menggunakan pendekatan lebih ringkas dan mempunyai kuasa viral yang kuat manakala Facebook pula mengeratkan hubungan antara pengguna dengan lebih dekat.

Walaupun Twitter tidak mempunyai pengguna sebanyak Facebook, namun ia merupakan platform yang lebih straightforward dan ringkas. Ia juga tidak meleret seperti Facebook.

Satu tweet tu pun ada limit patah perkataan. Namun, jika dalam bab perniagaan secara online, Facebook dan Instagram ada pilihan yang terbaik kerana produk lebih mudah dipamerkan kepada pelanggan.

Aplikasi Instagram pula tertumpu kepada berkongsi gambar dan video kepada pengikut masing-masing.

Yang Mana Anda Pernah Guna Dulu? Memang nostalgia betul bila mengimbau kembali kenangan-kenangan masa menggunakan media sosial zaman ‘purba’ ni dulu.

Siap ada yang dapat jodoh dan kekal sampai sekarang tau. Apa yang boleh diringkaskan, sosial media adalah platform yang pantas berkembang seiring dengan teknologi.

Zaman sekarang ni, memang banyak lambakan laman sosial media yang mempunyai pengguna tersendiri seperti Pinterest, LinkedIn, Quora, 9Gag, Wechat, Telegram dan popular sekarang TikTok.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Nostalgia Purba mIRC, Friendster, Yahoo & MSN Messenger. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares