Anjing polis, juga dikenali sebagai K-9 atau K9 (homofon canine), ialah anjing yang dilatih khusus untuk membantu anggota penguatkuasa undang-undang dan operasi menyelamat.



Baka yang paling biasa digunakan ialah German Shepherds dan Belgian Malinois.

Beberapa baka lain seperti Basset Hounds, Bloodhound dan Labrador Retrievers terkenal dengan kemahiran operasi menjejak, mengekor dan pengesanan.


Terdapat dua klasifikasi biasa K-9 polis:



1) Peronda : Anjing-anjing ini digunakan untuk menyediakan tugas rondaan (perlindungan pegawai, penahanan suspek, kawalan kawasan atau bangunan, dan keselamatan di kawasan sensitif atau terkawal.

,

2) Pengesanan : Anjing ini digunakan untuk mencari sama ada narkotik ATAU bahan letupan dan mayat tertanam



Jasa Anjing K-9 dibawah penyeliaan PDRM antaranya

1) Menyelesaikan kes curi kereta di Sungai Tekam

2) Menyelesaikan kes 2011 pembunuhan Datuk Sosilawati

3) Kes 2011 pembunuhan seorang lelaki di Kajang Selangor pada Tahun

4) Kes 2014 Pembunuhan di tapak pembinaan sebuah hospital di Kuching Sarawak.

Pada tahun 2018, sempena 50 tahun penubuhan unit K9 bersama anjing-anjing pengesan yang setia, sebuah tugu peringatan telah dibina atas nama Memorial K9. Tugu berkenaan menyenaraikan nama-nama anjing pengesan yang pernah dan sedang bersama PDRM.



Anjing-anjing yang digunakan ni bukanlah anjing yang kita selalu nampak tepi jalan tu, tapi ianya dibeli dari Jerman, Republik Czech, China dan UK. Kebiasaannya, harga setiap ekor anjing mencecah RM33,000 yang dibuat secara tender terbuka.


Anjing k9 akan dikuarantin selama 1 bulan sebelum menjalani latihan khusus selama 4 bulan.

Anjing yang berjaya melepasi ujian akan di tauliah untuk penugasan.

Selain PDRM, Jabatan Bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan Angkatan Tentera Malaysia juga mempunyai unit khas K-9 masing-masing.

K-9 APM operasi menyelamat mangsa di Father’s Organic Farm Batang Kali
K9 ATM dengan kekuatan 30 orang anggota daripada pasukan Rejimen Ke-25 Askar Melayu Diraja (25 RAMD)
Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Apa itu anjing k9 dan kepentingan dalam operasi " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares