Ramai yang berkongsi foto unit k9 Anjing Pengesan Blake dan rakan rakan berhempas pulas bertugas di lokasi tanah runtuh Father’s Organic Farm Batang Kali.

Kebanyakan kita tidak menyedari rakan senyap mereka yang berdepan keletihan sebagaimana anggota penyelamat yang lain.

Anjing anjing wira Negara ini dikesan kepenatan oleh penjaga masing-masing setelah mengharungi lokasi berselut dan berisiko itu.



Berwajah sentiasa bersedia menjalankan perintah dengan deria bau yang tajam beribu-ribu kali lebih tajam daripada manusia, kehadiran wira negara berkaki empat ini adalah untuk mengesan mangsa tertimbus tanah lumpur tebal atau berselut.

Tetapi tiba masanya dalam operasi kritikal tanah runtuh itu, seekor anjing penghidu K9 beraksi bernama “Blake” yang merupakan baka spaniel springer Inggeris, akhirnya keletihan dan perlu direhatkan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis, anjing itu pengsan selepas dua hari berturut-turut bekerja keras dan kini telah direhatkan.

“Selepas dua hari bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, wira k9 negara (anjing pengesan) terlalu kepenatan perlu berehat untuk memulihkan diri walaupun mereka tidak cedera.

“Sebab itu pada peringkat ini, kita akan gilirkan mereka secara bergilir-gilir, bermula dengan tiga (anjing) dahulu, kemudian kita gunakan yang lain,” katanya dalam sidang media hari ini.

Norazam berkata setakat ini, terdapat 11 anjing pengesan ditempatkan dalam keadaan bersiap sedia di tempat kejadian bagi membantu pencarian, dengan enam milik JBPM, empat (Polis Diraja Malaysia) dan satu (Tentera).

“Kita akan meminta tambahan K9 jika perlu,” katanya.

Sehingga 19/12/2022 , bilangan mangsa disahkan maut ialah 24 daripada 94 orang yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Ladang Organik Bapa di Gohtong Jaya di Jalan Genting-Batang Kali.

Seramai 61 orang terselamat manakala sembilan masih hilang.

Pencarian tanpa henti diteruskan hari ini pada pukul 9 pagi selepas ia dibatalkan pukul 9 malam ekoran hujan lebat di lokasi dan keadaan tanah sangat berlumpur.

Sumber BERNAMA

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Wira Negara Blake dan K9 perlu rehat " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares