TRAGEDI TANAH RUNTUH JALAN BATANG KALI – GENTING HIGHLANDS
21.12 2022: Kemaskini setakat jam 11.16 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah berjaya menemui seorang lagi mangsa iaitu lelaki dewasa di sektor B.


Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 26 orang.
Operasi SAR pada hari ke-6 ini masih diteruskan lagi bagi mencari baki 7 mangsa yang masih hilang.


Perincian Maklumat sehingga jam 11.37 pagi:
Jumlah Mangsa : 94
– Mangsa selamat : 61
– Mangsa meninggal : 26
– Mangsa Masih hilang : 7
– Rumusan Mangsa meninggal : 5L(D), 13W(D), 5L(K), 3P(K)
Sumber: Pusat Pengurusan Operasi JBPM
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " 1 mayat lelaki ditemui " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.