TRAGEDI TANAH RUNTUH Father’s Organic Farm JALAN BATANG KALI – GENTING HIGHLANDS.
Tabik kepada seluruh armada mencari dan menyelamat berhempas pulas mengejar masa.
20.12 2022: Kemaskini setakat jam 11.20 malam, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah berjaya menemui seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak perempuan di sektor C. Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 25 orang. Usaha mencari baki 8 mangsa yang hilang masih giat diteruskan.


Operasi SAR pada hari ke-5 ditangguhkan tengah malam ini selepas mayat ke-25 itu berjaya ditemukan. Ia akan disambung semula 8 pagi esok.
Perincian Maklumat:
Jumlah Mangsa : 94
– Mangsa selamat : 61
– Mangsa meninggal : 25
– Mangsa Masih hilang : 8
– Rumusan Mangsa meninggal : 4L(D), 13W(D), 5L(K), 3P(K)
Sumber: JBPM Negeri Selangor
Bernama
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Mayat kanak-kanak ditemui hari ke-5 Operasi menyelamat Father's Organic Farm " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.