Kreativiti tidak pernah mengecewakan sesiapa. Kepintaran PokWe Mlnembina konsep rumah terapung menjadi inspirasi kepada para jurubina supaya lebih kreatif dalam penghasilan produk.

Bagi mengelakkan rumah tenggelam apabila musim banjir melanda, seorang Warga emas A Bakar Che Ahmad yang lebih popular sebagai Pokwe, 67 membina pelantar rumah menggunakan pelampung tong plastik.

Binaan menggunakan 69 tong plastik dan 54 keping papan itu telah berjaya mengapungkan rumah PokWe bersaiz 70 kaki persegi.

Air banjir yang sedang melanda kawasan rumah PokWe di Kampung Terbak Batu 16, Chukai, Terengganu tidak lagi menjadi kerisauan besar terutama kerosakan alatan rumah serta haiwan peliharaan seperti ayam dan itik.

Keseluruhan pelantar rumah terapung atau rumah kelong yang dimulakan pembinaannya pada 2019 berjaya disiapkan pada bulan September 2022.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " [Video] Ilham Reban Ayam Terapung selamatkan rumah PokWe " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares