“4 MANGSA KORBAN TANAH RUNTUH DITEMUI DI SEKTOR C”
TRAGEDI TANAH RUNTUH JALAN BATANG KALI – GENTING HIGHLANDS
KHAMIS, 22.12 2022: Kemaskini sehingga jam 11.04 pagi, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Operasi Tanah Runtuh Jalan Batang Kali – Genting Highlands telah berjaya menemui 4 orang mayat mangsa iaitu 1 orang kanak-kanak perempuan, 1 orang kanak-kanak lelaki, 1 orang wanita dewasa dan 1 orang lelaki dewasa di Sektor C iaitu di sekitar kawasan River Side.




Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 30 orang.
Operasi SAR ini yang telah masuk hari ke-7 akan diteruskan lagi bagi mencari baki mangsa yang masih belum dijumpai.
Perincian Maklumat:
Jumlah Mangsa : 94
– Mangsa selamat : 61
– Mangsa meninggal : 30
– Mangsa Masih hilang : 3
– Rumusan Mangsa meninggal : 6L(D), 14W(D), 6L(K), 4P(K)


Sumber: Pusat Pengurusan Operasi JBPM
JBPM Negeri Selangor

Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Hari ke -7 Lagi 4 mayat ditemui Operasi mencari menyelamat Tanah Runtuh Batang Kali " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.