Mayat lelaki dewasa yang merupakan mangsa ke-26 kejadian tanah runtuh di Father’s Organic Farm (FoF) ditemui berpelukan dengan seekor anjing dipercayai miliknya.

Lokasi penemuan di sektor B (Farmview) pada pukul 11.19 pagi 21/12/2022
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya percaya mangsa bersama anjingnya itu berkemah di sektor A (Hillview) sebelum ditolak tanah runtuh ke sektor B.
“Kita letak satu jengkaut di sektor B dan hari ini kita jumpa suspek lelaki bersama dua ekor anjing dan dia sedang berpelukan dengan salah seekor anjingnya.
Mangsa ditemui pada kedalaman 1.5 meter dari permukaan.
Pihak Bomba melaporkan Sektor B, sudah tiada (mangsa), sektor A dimaklumkan masih ada satu lagi mangsa hilang dan sektor C (Riverside) dipercayai lebih ramai mangsa berdasarkan jumlah khemah di zon berkenaan.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Suffian Abdullah mengesahkan penemuan mayat lelaki dewasa berkenaan di sektor B.
Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.
Bersama dengan mayat terdapat dua ekor anjing dan telah dikeluarkan pasukan penyelamat.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui Tajuk " Mayat mangsa ke-26 ditemui berpelukan dengan anjing " di laman ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.