Kisah perut getir operasi menyelamat di lokasi tragedi tanah runtuh Batang Kali Selangor.

22 DISEMBER 2022 Perasaan lega muncul, tetapi tetap dibaluti kesedihan apabila dilaporkan seramai empat lagi mangsa dijumpai hari ini, itulah luahan dari salah seorang penyelamat, Sarjan (PA) Melvin Chin, 59, anggota Pertahanan Awam dari Klang kerana turut kehilangan ahli keluarganya didalam tragedi tanah runtuh Batang Kali pada 16 Disember 2022 yang lalu.

Angka rasmi terkini jumlah mangsa ialah 92 orang bukan 94 orang sebagaimana diumumkan sebelum ini.

Jumlah mangsa yang selamat seramai 60 orang manakala jumlah mangsa disahkan meninggal dunia seramai 31 orang.

Operasi pencarian tetap diteruskan dengan berbaki seorang lagi mangsa yang belum ditemui.

Semangat dedikasi dengan tugasan getir untuk mencari tetap kental bagi semua anggota penyelamat walaupun telah seminggu dilokasi.

Sarjan (PA) Melvin Chin terlibat didalam operasi ini sejak hari kedua, dan setiap hari bertugas membantu tanpa mengenal erti lelah.

Mengenang kembali detik-detik apabila mendengar tentang berita kejadian tanah runtuh ini, beliau berasa amat terkejut kerana ianya melibatkan ramai mangsa dan lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui terdapat ahli keluarga beliau yang terlibat menjadi mangsa, iaitu saudara sekampungnya dari Melaka.

Atas rasa semangat sebagai anggota penyelamat iaitu APM, beliau memohon kepada Pegawai Pertahanan Awam Daerah Klang bagi menyertai pasukan penyelamat yang digerakkan untuk membantu operasi pencarian.

Beliau mengakui sememangnya berasa penat kerana mula membantu didalam sejak hari kedua. Namun beliau menarik nafas lega selepas penemuan empat mayat ahli keluarganya, meskipun hati berasa sedih diatas kejadian berkenaan.

Beliau mewakili ahli mangsa ahli keluarga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang bekerjasama dalam operasi ini dan turut menghargai kepercayaan serta dorongan yang diberikan kepada semua penyelamat untuk membantu didalam operasi pencarian.

Sarjan (PA) Melvin Chin akan terus kekal menyertai pasukan penyelamat dalam operasi di Batang Kali sehingga selesai operasi ini sepenuhnya.




Sumber Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Semangat juang Penyelamat APM tiada kenal erti penat " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares