Tidak lama lagi pemilik kereta berkuasa besar perlu membayar harga lebih mahal setiap kali berkunjung ke stesen petrol.
Ini berikutan cadangan kerajaan untuk melaksanakan mekanisma subsidi bersasar ke atas minyak RON 95.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub dilaporkan berkata mekanisma untuk subsidi petrol secara bersasar mengikut kapasiti enjin dengan bantuan data dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hampir lengkap.
Sebagai perbandingan sebuah Proton Perdana berusia 20 tahun dengan enjin 2.0 liter bernilai sekitar RM8,000 tidak layak menerima subsidi, manakala sebuah Volkswagen Golf 8 R-Line dengan enjin 1.5 pula layak menerima subsidi tersebut.
Pihak kementerian KPDNKK pastinya akan meneliti dari semua aspek untuk melaksanakan subsidi minyak RON bersasar.
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Kerajaan bakal laksanakan subsidi petrol bersasar ikut kapasiti enjin. " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.