BATANG KALI, 25.12.2022: “Ketika memandang ke kawasan lereng bukit, saya ternampak cecair hitam dan bila diperiksa, cecair itu tiada bau. Hati saya berat yang ia cecair dari mayat.”

Juyana @ Azlan memantau kerja bersama pasukan SAR pencarian mangsa tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali.



Pegawai Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Juyana @ Azlan Musa 48, menceritakan saat penemuan mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di Batang Kali Selangor.



Tugas Juyana @ Azlan Musa sebagai perancang taktikal operasi. Perancangan perlu dibuat dengan mengambil kira jumlah, arah pergerakan serta kelajuan tanah yang runtuh.

Selain semua faktor itu, Juyana berkata, untuk mangsa terakhir juga, beliau memang tumpukan pencarian di Sektor A (Hill View) kerana yakin mangsa berada di situ berdasarkan penemuan mayat bapa dan kakaknya sebelum ini.


Ketika melakukan pemeriksaan di lereng cerun Sektor A, ternampak cecair hitam seakan cecair dari mayat dari tanah. Pemeriksaan seterusnya mengesahkan ada mayat dalam beg tidur.



Semalam, mayat mangsa ke-31 dan terakhir itu ditemui dalam beg tidur yang tertimbus pada kedalaman 1.5 meter dalam tanah.



Ditanya perasaannya ketika menemukan mayat mangsa, Juyana berkata, beliau rasa amat bersyukur kerana pencarian mereka berakhir dan dapat memberikan pengakhiran yang baik kepada harapan keluarga agar mangsa ditemui walaupun sudah tidak bernyawa.

“Saya juga rasa teruja dan bangga kerana pasukan penyelamat dapat melaksanakan tangggungjawab sebaiknya, berjaya menemui semua mangsa memandangkan bencana ini berlaku dalam skala besar.



Katanya, ini kali pertama beliau terbabit operasi SAR kejadian tanah runtuh yang membabitkan jumlah mangsa besar.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kisah penemuan mayat mangsa terakhir tragedi Batang Kali " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares