Sistem peluru berpandu taktikal Switchblade 600 mengandungi optik berketepatan tinggi dan kepala peledak anti-perisai untuk digunakan terhadap sasaran bukan garis penglihatan, seperti kereta kebal, artileri dan kenderaan berperisai.

Peluru berpandu yang diletakkan di dalam pelancarnya dengan sayapnya dilipat – dipanggil Switchblade: “Ia muat di dalam tiub pelancar. Di bahagian bawah kami mempunyai apa yang dikenali sebagai penjana gas. Ia satu kuasa jet menolak Switchblade keluar dari tiub. Konsep seperti peluru mortar.

Sebaik sahaja ia berlepas daripada tiub, sayap penerbangan terbuka automatik , dan ia berlaku dengan pantas, sebagaimana kepantasan suis menutup dan membuka litar.”

Bahagian muncung hadapan dilengkapi kamera yang mengimbas gambaran medan perang, menghantar video kembali kepada tablet pengendali Switchblade.

Apabila sasaran telah dikenalpasti, pengendali memberi arahan kepada drone mengaktifkan peledak bom dan terbang untuk memusnahkan sasaran,” “Ia adalah misi sehala.”

Switchblade drone mampu terbang sehingga 40km dalam masa 20 minit.

Bahan peledak jenis sama dengan peluru berpandu javelin.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Switchblade kamikaze drone hasil gabungan Teknologi drone dan peluru berpandu " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares