Banyak kajian telah menunjukkan bahawa kaki diibaratkan sebagai “ubat” penting badan. Malah menjaga kaki anda dengan baik akan menyumbang kepada peningkatan kesihatan anda.

Khususnya, merendam kaki anda dalam air panas sebelum tidur membawa banyak faedah kepada kesihatan. Kita sudah diberi tahu Hormon melatonin adalah ubat semulajadi paling kuat yang berada dalam badan manusia.

Hormon ini memerlukan tidur sekurang-kurangnya 8 jam untuk memberi kesan pemulihan dan rawatan.

Maka kaedah untuk mendapatkan tidur yang mencukupi adalah amat penting untuk kesihatan badan.

Antara terapi turun temurun memudahkan tidur ialah dengan mandi air suam atau rendam kaki dengan air suam selama beberapa minit.

Bagaimana cara merendam kaki dengan berkesan?


Sebelum tidur, anda perlu menyediakan semangkuk air panas kira-kira 40 – 50 darjah Celsius untuk merendam kaki anda.

Kedudukan mandi kaki ialah duduk dengan selesa di atas kerusi, Perlu dilakukan secara teratur setiap hari sebelum tidur, rendaman paling berkesan adalah sekitar 10-15 minit.


Apabila merendam kaki, pastikan paras air sehingga terbenam buku lali

Anda akan dapati tidur lebih nyenyak dari biasa.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Terapi merendam kaki anda dalam air suam mudah tidur nyenyak " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares