Kecanggihan kamera telefon memang antara daya penarik pembeli.

Telefon pintar samada Android atau iOS saling berkait antara perkakasan dan perisian.



Tidak ramai yang menggunakan kecanggihan telefon pintar untuk kerja produktiviti jarak jauh.

Kebiasaannya kita membawa 2 atau 3 buah telefon, namun cara sebegini dilihat tidak praktikal.

Kita boleh sahaja membawa sebuah telefon dan meninggalkan 2 buah telefon dirumah dengan sambungan internet sentiasa aktif.

Dengan kaedah ini kita boleh melakukan kawalan jarak jauh keatas telefon dirumah menggunakan aplikasi seperti anydesk dan TeamViewer.

Malangnya sejak versi Android 10 dilancarkan, ciri ciri keselamatan diperketat oleh Google.

Ciri keselamatan ini bagus terutama masalah ‘scammer’ yang berleluasa sekarang.

Aplikasi “remote desktop” yang terjejas dengan ciri kawalan ketat ini.

Versi Android 10 dan 11 memerlukan kebenaran secara fizikal klik kebenaran untuk fungsi rakam skrin.

Android 10 &11 mengenakan syarat ketat tidak boleh dipintas

Fungsi rakam skrin merupakan keperluan asas aplikasi kawalan jauh.

Dalam Android 7,8 dan 9 fungsi ini diset automatik membenarkan akses kawalan jauh secara “unattended”.

Bermakna tidak perlu pemilik telefon memberi kebenaran khusus.

Anydesk
TeamViewer

Pengguna yang memerlukan aplikasi kawalan jauh perlu menggunakan telefon Android versi 7,8 atau 9 sahaja.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Google kenakan syarat ketat Android 10,11 berbanding versi sebelumnya untuk tangani scammer " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares