Manusia dan tamak berpisah tiada. Perbuatan merosakkan ekosistem hidupan lain bukti jelas sikap berkenaan.
Ladang Durian Musang King yang diusahakan ditengah belantara menjadi punca kemusnahan ekosistem kehidupan haiwan liar.


Tiada lagi perasaan tanggungjawab belas kasihan kepada hidupan lain.
Saban tahun sambutan Hari Alam Sekitar dengan pelbagai tajuk dan tema hanya sekadar lakonan semata.
Manusia hipokrit sedang memusnahkan ekosistem sendiri.
Pendedah Bernama semasa membuat liputan perkampungan orang asli pos Simpor diharapkan dapat membuka mata rakyat.

Penemuan najis gajah yang masih baru di sepanjang jalan menuju ke Pos Simpor susulan pembukaan tanah bagi projek tanaman durian musang king.
Gangguan ekosistem ini menjadi punca gajah & harimau keluar daripada habitatnya sekaligus membahayakan keselamatan anak-anak Orang Asli.
Pos Simpor adalah antara penempatan Orang Asli paling jauh di pedalaman Semenanjung Malaysia, hanya boleh diakses melalui jalan balak & udara.
Jarak perjalanan dari Bandar Gua Musang adalah sejauh 98km meredah laluan jalan lori balak penuh lopak berlumpur.




Perjalanan menggunakan kenderaan pacuan empat roda boleh mengambil masa sehingga 10jam.
Sumber BERNAMA dan Facebook
Penafian
Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ yang diutarakan melalui Tajuk " Sambutan hari alam sekitar hanya wayang " di lamanĀ ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.