Tarik Nafas 5 saat, Tahan Nafas 5 saat dan lepaskan nafas 5 saat

Senaman yang mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Ianya sangat membantu kesegaran kelenjar adrenal.



Kelenjar adrenal berada pada kedua-dua ginjal, merupakan kilang menghasilkan hormon bahagia dan ketenangan seperti steroid, adrenalin dan noradrenalin . Hormon ini membantu mengawal degupan jantung, tekanan darah, dan fungsi badan seperti menyerap rasa sakit.


Kelenjar adrenal juga membuat hormon seks (estrogen dan testosteron).

Semua hormon ini melakukan banyak kerja penting, termasuk: Mengubah makanan menjadi tenaga dan menguruskan paras gula dalam darah

Rasa tertekan, atas apa jua sebab—temu janji yang bertali arus, bebanan tugas sepanjang hari, terperangkap dalam kesesakan lalu lintas, berita yang mengecewakan, pencapaian anak-anak di sekolah.

Segera lakukan senaman pernafasan dalam contohnya protokol 5-5-5 selama kira-kira 2-3 minit.

Degupan jantung akan pulih, tangan yang gementar menjadi tenang, dan rasa kebimbangan akan berkurangan dengan banyaknya.

Senaman pernafasan dalam adalah satu perkara yang mesti anda biasakan, terutamanya jika anda mempunyai rasa tidak selesa,rimas dan kepenatan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Senaman pernafasan 5-5-5 membantu menstabilkan depresi. " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares