Ramai orang berjaya kalangan bijak. Sesetengah pula memiliki kreativiti dan berbakat.



Bagi orang berjaya bijak, kreativiti dan berbakat bukan perkara utama.

Hampir setiap orang yang berjaya bermula pada kelemahan berbanding kelebihan.

Permulaan yang sederhana
boleh mencipta asas yang sempurna untuk kejayaan, kerana bermula dari bahagian bawah mencipta peluang.


Keliru? Tak mengapa. Perkara utama ialah memahami bagaimana motivasi berfungsi.

Hanya ada satu resipi untuk mendapatkan motivasi: kejayaan.


Jika anda ingin kekal bermotivasi, jika anda ingin kekal di landasan yang betul, jika anda ingin terus membuat kemajuan ke arah perkara yang anda harapkan untuk dicapai, kuncinya ialah menikmati kejayaan kecil menghasilkan kejayaan kecil.

Jika anda cuba belajar bahasa, seronok apabila anda sedar anda boleh mengira hingga ratusan perkataan.



Jika anda cuba belajar memasak, seronok untuk menyedari bahawa masakan ringkas tetapi mendapat sambutan pelanggan.


Kejayaan kecil adalah menyeronokkan dan memberi semangat meneruskan usaha.


Pendorong ialah pengalaman mengecapi kejayaan yang kecil.

Kejayaan adalah satu proses pilihan kepada kegagalan.

Setiap pagi bangun tidur, fikiran ialah mahukan kejayaan. Melihat kebelakangan adalah cara memulihkan semangat.

Orang berjaya tidak membuang masa dengan perkara yang mereka tidak ada keupayaan tentannya.

Mereka memberi tumpuan untuk melakukan kerja kecil, hari demi hari, untuk membawa mereka ke puncak kejayaan besar.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Bagaimana sesebuah perjalanan menuju puncak jaya " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares