Kes pertama Amobea parasit pemakan otak di Korea Selatan

Mangsa pertama meninggal dunia selepas kembali dari sebuah negara di Asia Tenggara

Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan mendedahkan, mereka mengesan kes pertama kematian berpunca daripada jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’ di negara itu.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA)dalam kenyataan kelmarin, berkata warga tempatan berusia Lingkungan 50-an itu meninggal dunia selepas kembali pada 10 Disember 2022, dari sebuah negara Asia Tenggara yang didiaminya selama empat bulan.

Sebanyak 381 kes Naegleria
fowleri dilaporkan berlaku di seluruh dunia setakat 2018, dengan antara negara yang dilaporkan mengesan kes itu termasuk Amerika Syarikat (AS), India dan Thailand.

Kes itu adalah jangkitan pertama di Korea Selatan, selepas kali pertama dilaporkan di A.S pada tahun 1937.

Naegleria fowleri ialah amoeba atau organisma sel tunggal yang hidup di tasik air tawar, sungai, terusan dan kolam di seluruh dunia.

Amoeba dikatakan memasuki tubuh manusia menerusi rongga hidung dan seterusnya menyerang otak.

KDCA juga memaklumkan, risiko penularan Naegleria fowleri daripada individu kepada individu lain adalah rendah.

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memberitahu tiada kes seumpama itu di Malaysia setakat ini.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai lebih berhati-hati terutama aktiviti mandi di sungai dan kolam.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Kes pertama Amobea parasit sel tunggal pemakan otak di Korea Selatan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares