Persoalan asasnya nak kaya cara mudah , modal kecil untung besar. Setiap hari ada masuk duit.

Apakah berdagang Forex boleh kaya cepat?

Forex ini perdagangan jenis scam atau betul sahih.

Cerita kali ini merungkai perdagangan forex dari orang sudah berpengalaman menceburinya.


Kebiasaannya langkah pertama yang dilakukan ialah dengan menyertai pasukan Telegram isyarat forex atau Forex Group Signal.

Dalam pasukan Isyarat Forex ini selalunya cerita buat untung 95%. Sehari modal USD 10 boleh dapat USD 100.

Ini yang menyebabkan ramai tertarik walaupun modal cukup makan sahaja.

Mengikut nasihat orang lama Forex, modal mesti besar atau dengan kata lain jika pendapatan cukup makan, lebih baik lupakan saja Forex.

Untuk mula berdagang syarat mesti buka akaun terlebih dahulu. Dari sini pasukan Isyarat Forex menjana pendapatan dengan makan komisyen setiap pendaftaran akaun baru.

Lebih ramai daftar lebih banyak komisyen diperolehi oleh pengasas Pasukan berkenaan.


Kebiasaannya bayaran pendaftaran diantara RM300-RM1000 bergantung kepada tahap pasukan berkenaan. Jika pasukan belum terkenal bayaran tidak begitu tinggi.

Bila sudah mula berdagang Forex ini tidak seindah cerita dalam pasukan Isyarat Forex.



Realitinya pasukan forex ini bukan selalu buat untung. Boleh bilang dengan jari berapa kali untung. Kebanyakan melingkup.

Tetapi sembang kencang bila buat untung walaupun hanya sekali sebulan sahaja.

Bila rugi langsung tiada sebarang ulasan pun.

Kesimpulannya konon boleh jana untung USD 100 berbekalkan modal USD 10 hanyalah propaganda untuk menarik lebih ramai mendaftar.
Mereka menjana pendapatan melalui komisyen pendaftaran.

Perdagangan, isyarat semua itu hanya untuk mengabui mata pendatang baru.

Nampak seperti pedagang profesional tetapi realitinya seperti scammer juga.

Apabila dapat untung, pasukan Isyarat akan dapat komisyen. Apabila rugi, mereka tidak kehilangan apa apa.


Tidak dinafikan ada pedagang yang untung besar. Mereka bukan klaster B40 atau M40.

Mereka ada banyak aset dan wang simpanan ratus ribu. Sekali beli lot puluhan ribu bukan lot kecil ratus atau seribu ringgit.

Rugi 10k atau 50k tidak menjadi hal besar bagi mereka.

Bagi yang sanggup berhadapan risiko pastikan pasukan Isyarat Forex yang benar-benar tulin dan jujur bukan jenis scammer.

Elakkan menyertai pasukan isyarat Forex jenis kuat riuh.

Nasihat ini diharapkan dapat membantu bakal bakal pedagang forex supaya dapat dihindari oleh angkara orang tidak jujur.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Pengalaman berdagang Forex antara realiti dan fantasi
" di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares