Tuduh itu mudah . Kajian terbaru punca utama diabetes ialah makan gula putih atau gula pasir secara berlebihan.

Ada tular artikel mengatakan nasi putih punca utama kena kencing manis. Ini tidak tepat.

Nasi putih tidak bersalah, tetapi pengambilan gula pagi petang malam tanpa kawalan sebenarnya punca kena kencing manis.

Had pengambilan gula termasuk melalui pemakanan manis hanya sekadar 3 sudu teh sahaja sehari.

Purata rakyat Malaysia mengambil gula putih sehingga 20 sudu sehari. Ini menyebabkan tekanan besar kepada hormon insulin dan sel yang menyebabkan berlaku rintangan insulin.

Gula meninggi dalam darah tidak dihantar kepada sel kerana masalah rintangan insulin.

Maka rawat masalah rintangan insulin jika mahu pulih dari diabetes.

Kaedah selamat makan gula ialah sebagaimana bentuk asal tanpa diperah dan diproses adalah cara betul pengambilan gula.

Elakkan minum jus jus walaupun yang diperah dari buah buahan. Ini kerana minuman sebegini tidak mengandungi fiber sebagaimana asal.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Suka hati tuduh nasi putih punca utama kencing manis " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares