Semburan ubat nyamuk keatas sarang nyamuk telah diamalkan oleh pihak berkuasa seawal tahun 70an.

Terkini semburan cara wap atau asap diamalkan secara meluas tetapi masih gagal malah kes terus meningkat saban tahun.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam kenyataan Tempoh 11-17 Disember 2022 merekodkan kumulatif kes 62,060 kes berbanding 25,161 kes bagi tempoh sama tahun 2021.



Perkembangan itu, katanya, menunjukkan peningkatan sebanyak 146.7 peratus.

Kaedah lain sewajarnya dipraktikkan untuk mendapat hasil berkesan.

Kita muak mendengar kupasan para profesor perubatan yang hanya seolah olah sembang tanpa penyelesaian. Hanya membazir masa sahaja.

Sudah jelas penyelesaian cara sains moden gagal, maka kembali kepada kaedah asal menggunakan kaedah pemangsa nyamuk.

Sebagai contoh penggunaan kelawar sewajarnya diberikan keutamaan.

Kelawar terkenal sebagai pemangsa paling berkesan menghapuskan nyamuk.

Kaedah semasa hanya menguntungkan kilang pembuat racun serangga sahaja. Keberkesanannya amat mengecewakan.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Perang melawan Nyamuk denggi gagal " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares