Terjemahan ke atas artikel Lim Sian See oleh Sahabat Bossku :

Langsung tiada sebarang tindakan mengapa??

Sejarah besar -Pertama kali dalam sejarah Malaysia (dan mungkin dunia) seseorang itu didakwa kerana mengambil bahagian dalam mesyuarat supaya dia boleh didakwa mencuri 1% daripada wang tersebut 4 tahun kemudian.



Najib didakwa atas salah guna kuasa kerana terlibat atau mengambil bahagian dalam mesyuarat kabinet (“mengambil bahagian atau terlibat” seperti yang dinyatakan dalam kertas pertuduhan) pada tahun 2011 untuk meluluskan jaminan pinjaman RM4 bilion).

Dia bukan orang yang menilai ataupun mengesyorkan kertas itu. Nor Mohd Yakcop yang syorkan. Dan Nor Yakcop telah dibayar RM85 juta oleh Jho Low setahun sebelum dia bikin kertas ini.

Nor Mohd Yakcop tidak dipanggil untuk siasatan??



Najib didakwa menyalahgunakan kuasa sebagai kesalahan predikat supaya dia boleh dibayar RM42 juta (1% daripada RM4b) secara ansuran antara akhir 2014 dan pertengahan tahun 2015.

Ini pada asasnya bermakna Najib perlu memenangi PRU13 dan memenangi pemilihan partinya pada tahun 2013 sebelum dia boleh mendapatkan “habuan”.

Pencuri mana yang akan menunggu 4 tahun dan kemudiannya terpaksa mengenakan pelbagai syarat kepada dirinya untuk mendapatkan habuan haramnya?

Najib langsung tidak menyembunyikan “habuan”nya. Malah, dia juga mengarahkan Zeti dan Ambank memantau akaunnya untuk transaksi yang mencurigakan.

Juga tidak pernah ada sebarang bukti dikemukakan di mahkamah bahawa Najib mengarahkan wang ini dimasukkan ke akaunnya.

Dan lebih luar biasa ialah dia tidak menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadinya.

https://www.facebook.com/100047055614947/posts/719909076254273/?mibextid=cr9u03

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Ramai yang akan garu kepala dengan sistem Kong Kali Kong " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares