Louis Braille dilahirkan pada 4 Januari 1809 di bandar Coupvray berhampiran Paris. Beliau merupakan pengasas tulisan braille, iaitu titik timbul bagi menggantikan huruf dan nombor.

Louis Braille



Louis Braille merupakan anak keempat kepada seorang tukang kulit bernama Simon René Braille dan mempunyai penglihatan normal ketika kecil. Ibunya bernama Monique.

Ketika berusia 3 tahun Louis Braille bermain-main di kedai ayahnya apabila dia tercucuk matanya dengan satu peralatan menebuk kulit milik ayahnya.

Walaupun mendapat khidmat perubatan terbaik pada masa itu, matanya yang sebelah lagi terkena jangkitan kuman mengakibatkan Louis Braille kehilangan penglihatan di kedua-dua belah matanya.


Walaupun buta, Louis Braille mendapat galakan ibubapanya, pemimpin tempatan dan guru sekolah untuk menghadiri kelas pembelajaran.


Bagaimanapun, disebabkan kecacatan penglihatan, dia tidak dapat membaca atau menulis.

Pada tahun 1819, ketika berusia 10 tahun, Louis Braille telah mendapat biasiswa untuk belajar di Paris di Institut Kanak-Kanak Buta. Pengasas institut tersebut, Valentin Haüy, telah mendapat idea untuk membekalkan buku dengan huruf timbul bagi memudahkan pembacaan orang buta.

Buku-buku tersebut agak sukar dibaca, tebal dan mahal untuk dibuat, dengan setiap hurufnya sebesar 1 inci tinggi.


Pelajar buta akan diajar kemahiran seperti menganyam kerusi dan membuat selipar agar mereka dapat mencari nafkah selepas menamatkan persekolahan.


Pada tahun 1827 buku braille pertama dikeluarkan. Bagaimanapun sistem baru ini tidak diterima serta merta.


Pada tahun 1834 Louis Braille menyempurnakan sistemnya dan menerbitkan buku Cara Menulis Perkataan, Muzik, Dan Lagu Dengan Menggunakan Titik Untuk Kegunaan Orang Buta.

Dengan menggunakan tulisan braille, orang buta bukan saja boleh membaca, malah dapat menulis juga.

Louis Braille menjadi guru di sekolah tempat dia belajar dahulu.

Louis Braille dikagumi dan dihormati oleh pelajar- pelajarnya kerana kegigihannya, tetapi dia tidak dapat melihat sistem penulisan braillenya diterima ramai.

Louis Braille sering diserang penyakit dan pada tahun 6 Januari 1852 ketika berumur 43 dia mati akibat penyakit Penyakit Batuk Kering.


Dr. Thomas Armitage (1824-1890) dan tiga rakannya mengasaskan ‘British and Foreign Society for Improving the Embossed Literature of the Blind’.

Kumpulan sahabat yang kecil ini bertambah dan berjaya membentuk Institusi Negara DiRaja Untuk Orang Buta ‘Royal National Institute for the Blind’, organisasi pencetak buku braille terbesar di Eropah dan British.

Pada tahun 1990, tulisan braille digunakan di seluruh dunia.

Di Perancis pencapaian Louis Braille diiktiraf oleh kerajaan Perancis.

Melalui usaha Louis Braille, beribu-ribu orang buta dapat membaca dan menulis.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Hari Braille Sedunia 4 Januari " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares