Papan Batu dikenali juga sebagai Papan Selisih atau Papan Selit.

Ianya diperbuat dari kepingan kayu sebagai bingkai dan permukaan lepaan batu sebagai medium tempat tulis (skrin), papan batu ini digunakan secara meluas oleh murid-murid sekolah seawal tahun 1940-an hingga 60-an.

Ianya dipanggil papan selit kerana menyangka kebanyakannya murid-murid membawa ke sekolah dengan cara menyelit di bawah ketiak sahaja.

Sebenarnya perkataan selit itu berasal daripada perkataan Inggeris ‘slate’bermaksud batu berbentuk kepingan.

Papan batu pula diperbuat daripada sejenis batu iaitu “loh”. Murid-murid berhati-hati menggunakannya kerana papan ini boleh pecah jika terjatuh. Papan batu ini berfungsi sebagai buku tulis untuk menulis dan menyalin nota ketika belajar.

Kaedah pembelajaran yang digunakan adalah “salin dan hafal”. Mula-mula, murid akan menulis di permukaan papan batu tentang apa yang diajar oleh guru, kemudian cuba untuk menghafalnya sebelum tulisan itu dipadam.

Perkara yang sama diulang setiap kali ada pelajaran yang baru.

Sejenis pensil yang diperbuat daripada batu digunakan sebagai alat untuk menulis di papan batu.

Pensil ini dikenali sebagai “kalam batu”.

Jika menulis setiap hari, kalam ini boleh digunakan untuk tempoh 3 bulan sebelum ia menjadi sangat pendek sehingga tidak boleh dipegang dengan tangan lagi.

Kalam batu biasanya dijual bersama-sama dengan papan batu. Menurut cerita orang dahulu, dua batang kalam ini dijual pada harga 5 sen sahaja.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentar  yang diutarakan melalui Tajuk " Papan batu buku tulis era 40-60 an " di laman  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares