Peralatan untuk menyukat padi atau beras. Gantang adalah merupakan alat sukatan lama.

1 gantang bersamaan lebih kurang 2.8 kg iaitu sama dengan 4 cupak.

Gantang lazimnya diperbuat dari kayu, tembaga atau aluminium. Terdapat juga cupak diperbuat daripada tempurung kelapa yang besar.

Kini sukatan ini tidak digunakan lagi selepas pertukaran kepada penggunaan sistem sukatan metrik di Malaysia pada tahun 1977.

Gantang lebih dikenali sebagai peribahasa dan warisan zaman silam sahaja.

Di Sabah dan Sarawak, gantang digunakan juga sebagai unit berat, bersamaan 5 1/3 paun Imperial (kira-kira 2.419 kg) (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, 1966).

Di Brunei, gantang digunakan dengan sukatan berat untuk beras, bersamaan 8 paun avoirdupois, iaitu kira-kira 3.63 kg. Tetapi apabila digunakan untuk mengukur padi, gantang bersama dengan 5 1/3 paun sahaja, bersamaan 2.419 kg.

Gantang di Indonesia adalah unit sukatan untuk beras, dan adalah bersamaan dengan 8.5766 liter.

Semasa penjajahan Belanda, gantang dikira untuk ukuran isi padu sebagai 1/14 pikul (kira-kira 8.38048 liter) tetapi apabila digunakan dengan ukuran berat adalah dikira sebagai sukatan bersamaan 6.15 kg.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Alat sukatan beras masyarakat Melayu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares