Congkak adalah sejenis permainan berasaskan matematik yang dimainkan oleh kaum wanita zaman dahulu.

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji getah, biji guli atau batu kerikil.

Congkak menggunakan papan kayu adalah berbentuk sampan. Congkak memiliki lubang-lubang untuk diisikan dengan buah congkak.

Congkak mempunyai 5, 7 atau 9 lubang yang dipanggil kampung dengan satu lubang besar di bahagian hujung dipanggil rumah.

Setiap set congkak mempunyai set kiri dan kanan kampung dengan rumah masing-masing dan memerlukan dua orang pemain.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing.

Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, perlawanan dimuktamadkan sebagai seri.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Congkak permainan matematik masyarakat Melayu " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

0Shares