Permainan zaman kanak kanak bukan sahaja menyeronokkan tetapi mengandungi terapi kesihatan meningkatkan kualiti tidur dan kecergasan.

Ianya permainan berteraskan senaman ringan amat sesuai untuk terapi anggota serta menggalakkan pengeluaran hormon bahagia.

Kebiasaannya permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan kerana tidak begitu lasak.


Permainan ini hanya memerlukan di gelanggang yang kecil sahaja. Teng-teng dimainkan oleh dua, tiga dan empat orang didalam sebuah gelanggang.

Gelanggang teng-teng ialah lukisan petak-petak di atas tanah.

Terdapat sembilan petak . Pemain juga perlu ada gundu. Gundu ialah satu objek pengenalan yang menunjukan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.

Dibawah ini merupakan gelanggang teng-teng

Ada sembilan petak-petak kosong bagi satu gelanggang.


Cara permainan Teng-teng

i) membina rumah
Bagi membina rumah pemain perlulah bangkit membelakangkan kesemua petak di garisan permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak dan disitulah kedudukkan rumahnya.

Sekiranya gundu yang dibaling terkena diatas garisan maka pemain tersebut dikira kalah.

Setiap pemain haruslah memijak kedua-dua belah kaki di petak rumah dan tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain memijak atau lupa maka ianya dikira kalah.

ii) Pemenang: Pemenang di kira menurut jumlah rumah terbanyak yang sanggup di kumpulkan oleh pemain.


iii) Pemati : Pemain dikira mati sekiranya buah dilontar atau kaki terkena pada garisan petak. Pemain juga dianggap mati apabila memijak dua belah kaki serentak kedalam sayap.

Cara Bermain:
Sebelum permainan dimulakan, pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya.

Kaedahnya ialah menggunakan lat ta li lat tam plong.

Untuk memulakan permainan, pemain pertama ditentukan dengan mencampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara membelakangkan petak.

Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika gundu tidak masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan pemain seterusnya yang akan mengambil alih.


Pemain dikehendaki melompat ke dalam petak-petak dengan memakai satu kaki sahaja, tetapi kalau ada petak yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak tersebut dengan kedua kaki mereka.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka.

Setelah itu, pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga dengan memakai sebelah kaki dan seterusnya, gundu harus dikutip di petak pertama.

Untuk melengkapkan giliran, pemain harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Permainan teng teng strategi dan Terapi kecergasan anggota badan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares