Racun kimia semburan tidak dapat mengawal populasi nyamuk bahkan mengancam alam sekitar.

Racun perosak kimia sedia ada menyebabkan lebih banyak masalah jangka panjang daripada kebaikan.

Kesan racun kimia membunuh pemangsa nyamuk semula jadi dengan lebih berkesan daripada nyamuk.

Lama kelamaan, pemangsa nyamuk seperti ikan, serangga lain dan kelawar (dengan populasi yang jauh lebih kecil dan kadar pembiakan yang lebih perlahan), mati.


Pertempuran racun serangga dengan nyamuk menyaksikan peningkatan dos racun. Ini pastinya tidak baik untuk kehidupan sihat.

Hasilnya menghairankan banyak pihak apa kes demam denggi terus meroket.

Sudah tiba masanya untuk beralih kepada kawalan secara biologi untuk menyekat pembiakan nyamuk.



Kelawar adalah pemangsa utama sejumlah besar serangga yang terbang pada waktu malam, dan sesetengah spesies memakan sejumlah besar nyamuk.

Para penyelidik sewajarnya mengusahakan kajian insentif keberkesanan kelawar sebagai pemangsa kepada Nyamuk.

Kaedah biologi semestinya bersih dari kesan pencemaran bahan racun kimia.

Kajian mendapati seekor kelawar boleh makan sehingga 1,000 serangga bersaiz nyamuk dalam satu jam.


Ahli biologi di Universiti Michigan adalah yang pertama menjalankan penilaian eksperimen terhadap keberkesanan kelawar di Wisconsin.

Satu kelawar boleh menangkap sehingga 1,000 serangga bersaiz nyamuk dalam satu jam.

Hasil kajian mencadangkan bahawa kelawar boleh membantu mengawal pembiakan nyamuk.

Sebagai contoh, percubaan keatas sebanyak 30,000 kelawar berjaya untuk menangkap purata 50 tan serangga kecik dalqm tempoh 1 tahun.

Jumlah berkenaan termasuk lebih 15 tan nyamuk.

Kelawar adalah salah satu daripada beberapa kumpulan haiwan yang secara semula jadi memangsa nyamuk.


Tiada pendekatan tunggal untuk mengawal nyamuk sesuai untuk semua lokasi.

Sebagai contoh ujikaji di Chautauqua, New York, di mana kelawar nampaknya secara tradisinya memainkan peranan yang berharga mengawal populasi nyamuk.

Sesetengah spesies kelawar lebih suka rama-rama atau kumbang.

Penafian

Pihak BicaraMinda tidak bertanggungjawab terhadap komentarĀ  yang diutarakan melalui Tajuk " Penggunaan semburan racun nyamuk mengancam kesihatan " di lamanĀ  ini. Ia adalah pandangan peribadi pengomentar dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pengomentar sendiri.

By Bicara Minda

Lulusan Kejuruteraan Elektrik Universiti Malaya 1991 Aktif menulis blog alhadi.my

0Shares